Sunday, August 24, 2008

Tahniah Buat Shahrizan dan Lisa

Tarikh 23hb OGOS 2008 , adalah detik sejarah buat dua buah keluarga Syarif Ismail dan Pengiran Ahmad . Ini kerana anak mereka iaitu Sharifah Rinah Lisa Syarif Ismail Al-Jamallul dan Awangku Mohammed Shahrizan Pengiran Ahmad telah selamat bertunang .

Majlis bertunang ini telah berlangsung di rumah Syarif Ismail , Kota Marudu dan rombongan telah tiba pada jam 2.00 petang . Majlis ini telah dimulakan oleh OKK Kassim Juaini dan Tuan Haji Imam Rabani Warji selaku wakil keluarga Syarif Ismail dan keluarga Pengiran Ahmad telah di wakili oleh Pengiran Harris Pengiran Samit .

Majlis ini juga dimulakan dengan majlis berbalas pantun di antara kedua belah pihak . Suasana seakan mengimbau zaman dulu . Semua perbualan dimula dan diakhiri dengan pantun dan bunga bahasa berkias .

Majlis bertunang ini juga amat bererti buat dua buah keluarga ,bukan saja pantun yang diungkapkan dalam majlis tersebut , juga telah mempertemukan dua buah keluarga keturunan Syarif dan Pengiran .

Rombongan pihak lelaki telah menghantar 10 dulang dan 3 bentuk cincin dengan hantaran dihiasi warna jingga keemasan . Manakala , di pihak perempuan telah menghadiahkan 13 belas dulang berwarna putih perak . Pada majlis tersebut Sharifah Rinah Lisa telah memakai baju putih perak dari kain organza dan sifon . Baju tersebut telah dibuat oleh Mama dan sebagai hadiah kepada Lisa .

Sekali lagi terima kasih kepada hadirin yang hadir terutamanya Tuan Haji Titing Ali Besar , Syarif Seh Syarif Idris , Syarif Abd Rahman Sy Idris , Ustaz Baharuddin Mardia , Haji Asiek Bakri , Datuk Bakar Haji Sulong ,OKK Kassim Juini , Haji Imam Rabani Warji , Pengiran Abd Jalil Pg Hashim . Tidak lupa juga Datin Aminah Abdullah , Datin Ramlah Sudarjo , Ustazah Sahaya Abd Latip . Terima kasih kerana ada masa untuk majlis yang tak seberapa ini.

Selamat Bertunang Buat Awgku Mohd Sharizan dan Lisa .

  • Seri di mula amat sederhana
  • Penduduk maklmur aman ceria
  • Assalamualaikum pembuka kata
  • Selamat datang hadirin semua
  • Dari Brunei kami bersama
  • Datang berhajat di rumah saudara
  • Tiba disini membawa cerita
  • Bawa bersama hajat teruna
  • Orang Syarif keturunan perwira
  • Pandai pula jadi peniaga
  • Kalau hajat dibawa sudah
  • Apa pula tanda buka bicara
  • Dari jauh datang ke sini
  • Bersama keluarga yang dikasihi
  • Hari ini berjumpa sudah
  • Sebagai bukti janji dibawa
  • Sharifah Rinah pilihan teruna
  • Wajahnya ayu berseri-seri
  • Kami sekeluarga sudah bersedia
  • Menerima hantaran mengisi janji
  • Majlis berjalan di anjung kasih
  • Di petang hari majlis bermula
  • Sepuluh dulang penuh berisi
  • Sebagai tanda hantaran putera
  • Sepuluh dulang disambut sudah
  • Hadiah ikhlas dari saudara
  • Tiga belas dulag berbalas tanda
  • Hadiah untuk putera saudara
  • Madah kami madah pujangga
  • Buat belaian saudari Sharifah
  • Putera kami ingin bertanya
  • Bila pula saat bahagia ?
  • Pergi ke kebun tanam selasih
  • Burung helang terbang melayang
  • Mengikat kasih sepasang kekasih
  • Inilah permintaan saat bahagia
  • Berakit ke hulu bukanlah mudah
  • Kalau haluan pula tersalah
  • Terima sudah balas pun sudah
  • Bila pula Cik Sharifah keluar tiba ?
  • Kalau memilih bukanlah mudah
  • Kadang pilih lama berminggu
  • Majlis sudah budaya pun sudah
  • Inilah Cik Sharifah keluar tiba
  • Sesat jalan ke mana nak tuju
  • Ketika malam berhenti di sini
  • Kalau sudah setuju samasetuju
  • Kami ucapkan sejuta kasih
  • Perbaraan terenang dian dan ketur
  • Keris panjang bertambah seri
  • Majlis bertunang siap teratur
  • Marilah kita berdoa pada Ilahi
  • Pisang emas dimakan puteri
  • Masak sebiji di atas peti
  • Kalau ada kekurangan di majlis ini
  • Mohon maaf amat kami kesali

9 comments:

rhymee suhaili said...

Salam asli,

Sukalah pic dua terakhir tuh. Nice.

Zoulkieflie said...

Selamat bertunang ya kepada empunya diri..
u pulak bila?hehe

ASLIsmail said...

salam rhymee..

Tq , ni la nie baru mau blajar buat blog ni...bnyk benda x tau :)

ASLIsmail said...

sapa lar diri nie untuk dicintai atau mencintai...jiwang lah pula..:)

FRISCO DANIEL said...

hahaha... i tot u da kahwin o.. hehehe

ASLIsmail said...

Iya kah...astaga !

Blum bah ,blum puas lagi membujang nie...sedang Tawau pun bulum pigi .... :)

Sia sudah bagi tu form sama c Aunty - Ur Mammi...ada ko tinguk ?

Wanpetunjuk said...

Salam...bila plak ur turn bro??

Wanpetunjuk said...

Aik...ilang lah plak my comment...when is ur turn???

ASLIsmail said...

ermmm....

blum lagi lah Wan , tunggu dulu sampai seru....:)