Sunday, July 20, 2008

Konsert Anuar Zain di Kota Kinabalu

Anuar Zain Ticket
Tarikh 26hb JULAI 2008 , akan diadakan konsert Anuar Zain di Kota Kinabalu , Sabah . Konsert tersebut akan diadakan di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah . Dan konsert akan bermula pukul 7.30 malam . Artis jemputan pada malam konsert itu ialah Deja Moss . Bagi mereka yang ingin menyaksikan konsert tersebut boleh terus berhubung dengan DC Borneo Sdn.Bhd 452 , 4th floor , Wisma Sabah Jln.Tun Razak Kota Kinabalu Sabah dan talian untuk Kota Kinabalu 088-252066 , 088-242 607 & 088-243607 dan talian untuk Kuala Lumpur 03- 7983 9006 .
Harga tiket rm300 ( depan ) , rm200 ( tengah ) & rm100 ( tingkat atas ) .
Pada malam itu saya akan menyaksikan konsert tersebut dengan Dodot , Gili ( rakan sekerja dari Papar dan HQ - KK ) dan my brother and sister - Nick , Nourul and Faez . Wah! 3 of U buat abang bankrup , mau jua duduk depan...ehh aku tak paham , nak tinguk sangat c Anuar dari dekat . Apapun tinguk di TV dan Konsert lain kali ada beza yehh !

Tamu Kota Marudu

Pasar Sayur Tempatan
Beraneka Jenis Pisang
Ikan Masin

Kopi Kisar Bulat

Beras Kampung

Tembikai Borong

Jual Tembakau ( Sigup Bahasa Tempatan )

Anak Lah Ayam - ( Anak Ayam Turun Spuluh )

Tamu Kota Marudu diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad hujung minggu . Setiap daerah di Negeri Sabah akan mengadakan Hari Tamu , di mana pada setiap hari yang ditetapkan terdapatnya beraneka jenis jualan dari sayur , buahan , hasil laut dan hasil ternakan . Maksudnya pada setiap hari tamu , semua yang berniaga borong , petani dan nelayan akan pergi ke tamu untuk menjual hasil-hasil mereka . Yang bestnya , pada hari tamu kita akan dapat membeli dengan harga yang murah dan banyak pilihan .
Kebiasaannya sayur yang dijual tersebut adalah ditanam sendiri tanpa baja dan alat bantu penyubur . Selalunya bagi mereka yang faham akan kebaikan sayur tanpa baja , akan suka membelinya . Biasanya juga sayur dan hasil laut yang dijual boleh ditawar dengan harga murah lagi .
Tamu Kota Marudu telah wujud seawal tahun 50an lagi . Sebelum ini Tamu Kota Marudu diadakan di Pekan Lama . Tetapi bila pembangunan dan adanya tempat yang sesuai maka pihak Majlis Daerah Kota Marudu/Pitas telah memindahkannya berhampiran dengan kawasan pekan .
Suku bangsa yang terlibat dalam menjual hasil-hasil mereka ialah suku/bangsa Dusun Kimaragang , Rungus , Bajau ,Tamil dan Cina . Mereka akan menjadikan hari tamu sebagai hari mereka bertemu dan bertukar-tukar hasil jualan .
Tamu ini akan bermula pada petang sabtu hingga ahad tengahari . Pastiakan jika berpeluang ke Tamu Kota Marudu , pastikan membawa bersama bakul . Kerana kebanyakan penjual tidak akan menyediakan plastik .

Saturday, July 19, 2008

Sleep Mind

Pemuda Bahagian UMNO P 168 Kota Marudu
Peringatan Mesyuarat Pemuda
Tidur dan Snoaring
tidur lagi ! sah letih bermesyuarat
18hb JULAI 2008 telah diadakan Mesyuarat Pemuda UMNO , tepat saja pukul 2.30 petang aku pun telah berada di dewan untuk menghadiri mesyuarat tersebut . Mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Encik Sani Hj Rahim selaku Pengerusi Tetap Mesyuarat dan beliau juga adalah AJK Pemuda Bahagian sebelum ini .
Walaupun sibuk dalam berkerja dan terlibat dengan beberapa Persatuan Amal , namun masih juga ingin terlibat dengan politik . Seingat aku , kalau tidak silap semasa umur 16 tahun aku sudah menjadi ahli UMNO . Semasa itu Datuk Saidi Haji Suari adalah orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan UMNO di kawasan aku . Dalam masa yang sama beliau juga telah menjadi Ketua Bahagian UMNO P135 Bandau dan ketika ini dikenali P 168 Kota Marudu . Waktu ini pula jawatan tersebut telah dipangku oleh Dato Bidin Dato Sarudin sebelum itu dijawat oleh Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia , yang terpaksa mengundur diri kerana dilantik sebagai Speaker Parlimen Malaysia .
Dalam mesyuarat tersebut aku telah dilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda dan akan bertanding dalam beberapa jawatan pemuda pada waktu terdekat ini , tarikh belum
ditentukan lagi .
Dalam membuat usul saya juga sempat mengemukakan dua usul utama pada petang
tersebut iaitu :-
  • Isu Perpaduan Orang Melayu , Bumiputra - Isu ini ingin dilihat sebagai isu yang komplikasinya dan bangun jatuhnya bangsa yang bermaruah .
  • Minyak Isu Global - Penjelasan dalam bentuk formalisasi dan bertanggungjawab adalah kewajiban para pemimpin ketika ini , tanpa mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan fakta yang sedia ada , untuk maksud sendiri .

Balik saja dari bermesyuarat , lepas tukar baju terus saja aku duduk di ruang tamu II sambil melihat gambar yang aku ambil dengan kamera Canon di mesyuarat petang itu . Aku tidak menyangka akan tertidur , lepas itu aku pun masuk bilik dan tidur dengan snoaring yang kuat mungkin itu :) , yang tak sangka tu adik aku Faez cuba kenakan aku dengan ambil gambar semasa tidur di bilik dan ruang tamu , sambil dia ketawa besar bila ceritakan dengan mama .

Apapun , tak terfikir bagaimana muka ketika sedang tidur . Ni lah muka-muka tidur yang letih dari bermesyuarat ..:) tau tak per yeh!

Friday, July 18, 2008

We Love You Abah , Mama ...

Sejuta terima kasih dan selaut kasih buat Abah dan Mama , masih tidak memadai kami untuk membalas segala jasa Abah dan Mama , yang telah membesarkan kami . Rann , Salina , Mimie , Linda , Lisa , Jack , Nick@ Sumi , Idzan , Nourul dan Faez amat bangga menjadi anak dari Abah dan Mama . Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang 34 tahun , semoga Abah dan Mama sentiasa memiliki kesihatan dan diiringi dengan kebahagian yang berkekalan .
"Syarif Ismail Syarif Jamallul dan Marlyn D @ Hamidah Abdullah Syarif Jamallul telah bernikah di Sandakan , Sabah pada 34 tahun yang lalu . Mereka telah dikuniakan cahaya mata seramai 10 orang , lima lelaki dan lima perempuan . Marlyn D. sebelum itu adalah beragama Kristian Khatolik dan berbangsa Dusun Kadazan . Manakala Syarif Ismail berketurunan Syarif .
Menurut salahsilah keluarga keturunan Syarif tiba di Barat Perairan Sabah sebagai pedagang dan sambil mengembangkan agama Islam pada zaman dahulu . Hingga kini , masih terdapat beberapa peralatan dan peninggalan tempat di Kota Marudu , Kota Belud dan Kudat yang menunjukan wujudnya Susur Galur Syarif . Makam Syarif Osman yang terdapat di Kampung Ranau dan beberapa meriam tembaga yang kini masih ada dalam simpanan beberapa Orang-Orang Besar dan Orang Kaya-Kaya di beberapa daerah di Sabah adalah bukti keperkasaan keturunan ini "
Ketika ini Abah dan Mama suda mempunyai dua orang menantu Andy ( Afnizewan ) dan Adda ( Asdarrizam ) dan tiga orang cucu Adam , Andrea dan Qaseh .
Bila cerita mengenai Mama , beliau seorang teliti dalam memastikan nilai kekeluargaan sentiasa subur . Beliau juga amat cerewet dalam hal-hal penampilan diri , pemilihan warna dan kebersihan pastinya . Bagi Abah pula seorang yang sederhana dan tak banyak karenah . Apa saja yang susah akan mudah baginya .
Abah dan Mama terima kasih segalanya , kami adalah harta yang tidak ternilai , NILAINYA .
(The pictures was taken in July 2007 )

Tuesday, July 15, 2008

How To Treat People With Respect

How to treat people with respect makes your world a nicer place to live in , whether it's at home , at office , or out in your community . And it's easy - all you have to do is treat people the way you like to have them treat you . Here are a few ideas :-
  • Don't insult people or make fun of them
  • Listen to others when the speak or comment
  • Value other people's opinions
  • Be considerate of people's likes or dislikes
  • Don't mock or tease people
  • Don't talk about people behind their backs
  • Be sensitive to other people's feelings
  • Don't pressure someone to do something he or she doesn't want to do

We live in a diverse nation up of many different languages , levels and backgrounds .That kind variety can make all our lives a lot more fun and interesting , but only if we get along with each other . And to do that we have to respect each other . In addition to the above , here are some opinion we can respect people who are different from us .

  • Try to learn something from the other person
  • Never stereotype people
  • Show interest and appreciation for the other people's levels and backgrounds
  • Don't go along with prejudices and racist attitudes

Lastly , we will in harmony environment and appreciate value of life .

Annual Dinner BSN - Sutera Harbour Resort 2008

Tika temani Amylea di airport
Me & Pengurus Negeri Sabah - En.Komaruddin Mustapha
Head of Zone & PJN-En Rohizat Sulaiman
Me & Vivian Raymond
Kak Sharifah Sariyani & Syarif ASLIsmail
Suzane , Me and Erine
Rinn , Me , Kak Munah , En.Rohizat and Herry
17hb Mei 2008 telah diadakan Majlis Makan Malam Bank Simpanan Nasional bertempat di Sutera Habour Resort Kota Kinabalu . Majlis ini diadakan untuk menghargai kakitangan yang bertungkus lumus dalam menyumbang untuk memajukan Bank . Majlis bermula seawal 7.30 malam dan dihadiri lebih 300 orang dan malam bergemerlapan dengan fesyen dan gaya setiap yang hadir . Malam itu saya telah memilih suit hitam dan ditempah di D'Catalano-Shah Alam . Thank You Ibu kerana tersusah untuk memilih warna dan urusan dengan D'Catalano . TQ juga buat Inna dan Kris ( staff D-Catalano ) kerana sudi menghubungi dan mencadangkan rekaan untuk Ibu dan saya.... Pada malam tersebut saya duduk di meja VIP 2 bersama Pn.Suzane and his husband , James Alixsius and her wife Pn.Hasmaya , En.Ahmad Nasir , Mr.Blasius Bernard dan wakil VIP guest dari KL , HQ . Pada malam tersebut juga hidangan more to variety chinese food tapi ok lah , boleh juga makan sikit :) Selepas ucapan oleh Pengerusi KSK Sabah , Mr James Alixsius , Pengerusi Negeri Sabah En.Komaruddin Mustapha dan dirasmikan oleh En.Dr.Adam selaku wakil General Manager En.Adinan Maning , yang tidak dapat hadir kerana turut serta dengan Menteri Kewangan II di Pulau Pinang .
Acara bermula dengan persembahan tarian welcome - dan juruacara malam itu ialah Pn.Susanna Rahman W. dan DJ suria FM -DJ Otto . Saya juga bertuah ( iya ker ! ) malam tu Otto panggil nyanyi untuk Grand Opening , giler la Otto masa petang tak bagi tau . Tetiba ja panggil nama , apa lagi celotehnya yang buat aku nervous tanya macam-macam . Apapun aku nyanyi lagu Camar Yang Pulang yang aku gubah tunenya jadi more to R&B . Lagu CYP aku tujukan khas buat Kak Noy isteri En.Komaruddin ( Pengurus Negeri ) , kerna beliaulah aku nyanyi lagu tu . Sebenarnya pada setiap Annual Dinner BSN aku tidak pernah nyanyi dan mereka tak tau pun aku pandai sumbangkan lagu , tapi sejak aku hadir Majlis Farewell Pn.Suziana Suparno Pengurus Jualan Negeri ke KL dan masa tu aku ada nyanyi , mulalah mereka tau dan Kak Noy suka dan ada juga puji sikit , nasib tak kembang hehehe . Malam tu juga turut diserikan oleh beberapa nama seperti Dodot @ Lakisah M'sia ( nama betul Hildawati Abd Halim ) yang power habis kalo nyanyi lagu high note ! dan GILI . Mereka ni memang power giler kalo nyanyi , bagi apa lagu aje pasti jalan terus hehehe .. Guest artis pada malam tu - Amylea AF . Dia si kecil molek ni pun ada cerita , aku kenal dia ni melalui Puan Siti Hajar - Guru Vokal , dan aku juga lah cadangkan namanya untuk buat performance malam tu . Mula nak panggil Shari , Idayu atau Kaer . Mereka smua ada masalah dan yang senang sekali nak contact ialah Amylea , so aku pun contact Amylea dan malam tu dia nyanyi 6 lagu ( lagu lama 5 + lagu baru 1 ) . Tapi memang si kecil molek ni , memang SUPER - pandai sekali meriuhkan suasana dengan gelagat dan gaya persembahan yang Power gitu . Mereka diBSN Sabah juga tak tau kalo-kalo aku itu ada kenal artis , iyalah sapa perasaan tinggal pun nun tanduk Sabah ,kampung lagi - siapa yang sangka . Mukin orang diluar sana akan percaya kalo aku bagi tau jalanraya atau letrik tak ada ...hehehehe . So , aku pun janji dengan Amylea pura-pura kita tak kenal . Tapi yang spoilnya , masa dia nyanyi lagu rentak joget dan dia pun cuba panggil crowd untuk nari bersama dia . Hah! dia dapat lah 2 pasangan , tu pun susah dia cari sal semuanya malu . Jadi yang yang dia tu nak juga pasangan , tetiba terkeluar dari mulut nya panggil nama aku . Semua orang tinguk , ehh aku pun pura-pura tak perasaan , wah! rakan di meja aku pun apa lagi usik, rupa-rupanya Amylea tu kawan aku . Lastnya semua orang tau...kwang2x ... Banyak cerita malam itu buat aku tak tau dan suspen giler ! semasa acara Penyampaian Anugerah Kakitangan Cemerlang pun aku tidak perasaan yang aku menang 2 awards . Iya ler , sebelum tu aku terlalu sibuk memanjang dengan semenjak jadi Head of Zone ni , aku terpaksa selalu travelling ke Kudat , Kota Belud dan beberapa tempat yang tidak pernah pun selama pergi . Jadi my prestasi pun tak perasaan ok ke tak . Semasa nama disebut pun aku dengar tak dengar ja , sedangkan duduk depan sekali - entahlah mukin aku pergi dengan niat nak tunjukan muka dan makan aja kut...:) Apapun aku sedih juga kerana malam tu , my Pengurus Negeri telah umumkan yang beliau akan dipindahkan ke Negeri Selangor as Pengurus Negeri Selangor. Bukan ape , beliau banyak memberi aku peluang dan selalu bagi motivasi walaupun aku sebelum tu sakit atau terkejut yang senario kerja baru amat menghendaki masa dan komitment yang jitu .

Monday, July 14, 2008

Mr Kaamatan 2008 - buvazoi tavantang

Alen of Klang Valley , Keddy of Tuaran & Jacksonny of Tamparuli
Me and Sharleen Me & Clement Lim - Organizing Committee
Mr Kaamatan 2008 telah berlangsung di Hotel Beverly Kota Kinabalu , Sabah . Seramai 15 finalist telah bertanding di peringkat akhir . Sebelum itu , Mr Kaamatan Committee telah mengadakan beberapa aktiviti sebelumnya malam final pada bulan Jun . Di antara aktiviti tempat berlangsungnya ialah Asia City Complex - 1st May , D-Junction Fun & Club - 16th May , B.E.D - 26th May .
Pada malam itu semua peserta diadili melalui 4 sesi iaitu Casual Wear - 1st round , Beach Wear - 2nd round , Traditional Costume of Sabah - 3rd round dan Q & A -final round .
Pada malam itu juga persembahan telah dibuat oleh ShowDivas dan juruacara ialah Gedion (GD) . Saya amat bertuah walaupun disaat akhir tahu , tapi telah sempat juga untuk hadir -
TQ to Melvin & Sarah kerana text sms .
Pemenang pada malam itu ialah Keddy of Tuaran , Jacksonny of Tamparuli - 1st runner up dan Alen of Klang Valley - 2nd runner up .

" If you want your life to be more rewarding, you have to change the way you think"

Oprah Winfrey & Simon Cowell at Oprah Set
These are few ways you could describe Oprah Winfrey; it all depends on your nouns choice. CNN has called her one of the world's most powerful women and Time Magazine tagged her one of the most influential persons of the 20th century - impressive superlatives for a woman who came from nothing and become one of two black bilionaries in America .
If Winfrey wears many hats , her primary one is host of the critically acclaimed The Oprah Winfrey Show , which has run in continuous natiobal syndication since 1986 . From on-air book clubs to Oprah's "favorite things" whatever she features on the show has almost instantaneous acceptance, trust and desirability in society.
Case point: When Winfery included self-help book A New Earth: Awakening to Your Life's Purpose by Eckhart Tolle in her book club, nearly half million people logged on for a live Web Cast. It would be recorded as one of the most watched events on the 'Net had the site crashed from the overwhelming traffic .
She's ventured into film as an actress and producer, made her mark as a publisher and , in creating production company, Harpo Productions , became only the third women in the American entertainment industry to own her own studio . Winfrey has added humanitarian to her resume with three prinsipal philanthropic endeavors- the Oprah Winfery Leadership Academy for Girls in South Africa, which opened in 2007; Oprah's Angel Network; and the Oprah Winfrey Foundation. Most recently, Winfrey helped make philanthropy in reality TV with her show, Oprah's Big Give .
What makes Winfrey a great enterprenuer is her ability to capitalize on her best asset-the trust she's garnered from the American public. She knows that any book she recommends will become an instant best-seller and any topical expert on health, fitness, relationships or even interior design will become a household name. As far as the public eye can see, she's used her influence for good and kept that covenant well.

Venezuela Wins 5th Crown Miss Universe

Riyo Mori of Japan - Miss Universe 2007

Dayana Mendoza Miss Venezuela reacts after announced as Miss Universe 2008

Dayana Mendoza of Venezuela - Miss Universe 2008
Levy Li Su Lin - Miss Malaysia Universe 2008
So excited when watching Miss Universe 2008 live from Nha Trang , Vietnam on Hallmark Channel . Miss Venezuela Dayana Mendoza was crowned Miss Universe 2008 at the Crown Convention Center in Nha Trang - Monday .
The 22 year old Miss Venezuela edged a fellow Latina , Miss Colombia Tatiana Vargas , who won 1st runner up . The second , third and fourth runner up were Miss Dominican Rep. Miss Russia and Miss Mexcio .
" Actually , God made men and women different . But the big difference between women and men - it dosent matter what kind of life they live - is the men think the faster way to go to a point is to go straight . Women , no ! The faster way to go to point go through curves and fixing every curve " Miss Venezuela answered international judges questions Louis Lacari .
In this pageant Malaysia was presented Levy Li Su Lin as delegate , but she failed to make a cut as semifinalist .
The crown was given to her by Miss Universe 2007 Riyo Mori of Japan .

Sunday, July 13, 2008

Sabtu Gerimis Senja di Puncak Sepanggar

Masa itu umpama cerita yang selalu terkait dalam mengungkai segala kepastian kejujuran . Aku seawal pagi balik dari berjogging terus saja ke pasar untuk membeli pisang dan singgah sebentar di Kedai untuk mendapatkan Bread Gardenia . Syukurlah semuanya ada , kembali saja di rumah aku terus untuk memberitahu ibu aku sudah balik dan aku pun bersarapan ditemani Faiz , Nurul dan Ibu .
Pada setiap hujung minggu yang lapang aku akan menghabiskan masa menyiapkan kerja pejabat via my lovely laptop , laporan sales mingguan , menyelia Projek Amal Jariah di zonku .Dan yang best sangat ialah boleh tidur lebih dan banyak masa untuk membaca . Tapi pada hari itu aku merasa semacam tidak selesa , seperti saja aku tercari-cari akan ketidakselesaan itu , tapi apa dan mana !
Aku baru teringat , pada malam semalamnya aku lewat tidur untuk mencuba semacam mana mengadakan Blog . Selalunya aku hanya membaca saja blog teman-teman dan waktu ini terfikir pula mahu mencubanya walaupun tidak selengkap mana , pada permulaan memang payah . Tapi aku cuba juga , menurut seorang rakan sebelum itu ada berchatting dengannya , mula-mula tak lengkap tapi bila sudah banyak bahan dan cerita akan lengkaplah !
Sedar tak sedar hari itu aku habiskan masa hingga masa lunch pun lupa . Letih pun mula mengundang aku untuk rehat . Tidur hingga lewat pukul 3 petang , menyebabkan aku serba salah kerana masa bagiku satu kepastian dan kejujuran . Astagfirullah! aku ada janji petang itu dan perlu bertolak awal dari rumah dan masa 2 jam adalah mesti tiba di destinasi yang aku maksudkan .
Sepanjang dalam perjalanan ke destinasi itu , banyak tanda tanya yang berlegar diminda dari lagu Afgan hingga Christian Bautista dimainkan , namun masih juga keruan . Alhamdulillah! , aku tiba di Puncak Sepanggar 20 minit awal dari masa yang dijanjikan . Waktu itu aku diam dan melihat kebesaran tuhan . Angin sayup diiringi gerimis hujan , dan terus menikmati lagu Christian Bautista - Everything I do & The Way U Look at Me ....
Masa itu aku telah habiskan didalam keretaku , aku amat teruja hari itu sekawan burung menghiasi langit kebiruan yang berlabuh untuk menanti senja dan malam . Ku merasakannya seakan nature di kelilingku menemani aku . Aku berfikir lagi dan cuba mengingati kiranya aku pernah berada dalam suasana itu , namun aku belum pernah ,belum punya dan belum berada dalam situasi indah itu . Cuma aku pernah dan lokasi itu adalah destinasi yang kerap aku kunjungi sejak menamatkan persekolahan menengah lagi .Banyak kenangan indah yang dilakar dan diceritakan di Puncak Sepanggar itu , namun satu peristiwa yang belum pernah aku rasai , aku disapa bebayang senja dan sentuhan angin yang mesra, aku terpersona .
Kenangan di Puncak Sepanggar akan sentiasa dan selalu mengamit hari-hari indah ku . Percayalah , gerimis senja adalah embun di pagi hari dan jangan lupa akan bunga semalu merah jambu bunganya , hijau gagah daunnya disentuh malu ....

Jakarta - JUN 2008 part II

Bersama Karyawan Andy Boutique

Shopping Sakan

Sangaji Music Studio

Sempat Pose Sebelum SPA

Peralatan Untuk SPA - siapa tue ekk !

Kita Duduk Menunggu Ben & Mila di Fitting Room Andy Boutique
Tiba Malam Di Soe+Hatta Airport
Awal Pagi Sebelum Ke Jakarta - Ceramah Kesihatan Elken ( Jac , ASLI , Rinn & Nora )
Pada awal pagi sebelum meninggalkan Kota Kinabalu , sempat lagi menghadiri Ceramah Kesihatan Elken di Jalan Lintas . TQ Jac and her groups . Sewaktu tiba di Jakarta malam , terasa seakan lupa berada di OVC . Mana tidaknya, dalam kapal sempat tidur lena , tak taulah kalo snoaring tue..:)
Seawal pagi di Jakarta , terasa saja letih dan terus buat plan mahu buat SPA , tau harganya yang cheaper - tapi jadi tak jadi aja tue ..
Yang best giler , sempat mengunjungi Sangaji Music . Kalo di Indonesia Sangaji sangat terkenal dalam melahirkan ramai artis yang cenderung dalam genre R&B , Jazz dan Classical . Diantara artis yang dilahirkan dan terkenal di Indonesia ialah Syaharani , Elmy Kulit , Aura dan ramai lagi . Kalau di Malaysia kita ada Ning , Syafinaz dan Noryn Aziz dan di Indonesia mereka ada artis Sangaji Music . Pada hari itu , aku sempat membeli 17 cds dan rasanya tidak pernah ada aku nampak dijual di Malaysia - happy sangat hingga tidak sabar balik rumah .
Pada sore aku sempat keluar untuk melihat keadaan sebenar apa yang berlaku di jalan raya Jakarta . Aku hampir tidak percaya , keadaan macik ( kesesakan lalulintas ) begitu serius , dan tidak pernah aku melihat di mana-mana negara luar sebegitu . Jalan raya yang tidak berjalur segala pacai , kereta sorong dan orang yang menjual koran ( surat khabar ) dan minuman juga makan ringan boleh tidak takut dilanggar kereta . Tapi yang peliknya , tidak ada kemalangan atau perlanggaran berlaku - ajaib !
Semasa di Jakarta aku sempat juga bertelefon dengan rakan dari Jakarta Selatan . Sempat lagi membeli simcard - Sempati . Kiranya murah juga untuk bersms dan telefon , berbanding line roaming Malaysia yang mengenakan caj berganda .
Dalam tempoh terdekat ini , kemungkinan akan mengunjungi Indonesia lagi - cuma destinasi yang berbeda pula iaitu Ogos - Padang Sumatra ( belum confirm ) dan hunjung tahun Bali - Denpasar ( confirmed ) . Orang terdahulu selalu berkata , "Jauh Perjalanan Banyak Pengalaman" tak tau aku kalo betul peribahasa ni . Apapun Jakarta best untuk dikunjungi .