Sunday, August 24, 2008

Tahniah Buat Shahrizan dan Lisa

Tarikh 23hb OGOS 2008 , adalah detik sejarah buat dua buah keluarga Syarif Ismail dan Pengiran Ahmad . Ini kerana anak mereka iaitu Sharifah Rinah Lisa Syarif Ismail Al-Jamallul dan Awangku Mohammed Shahrizan Pengiran Ahmad telah selamat bertunang .

Majlis bertunang ini telah berlangsung di rumah Syarif Ismail , Kota Marudu dan rombongan telah tiba pada jam 2.00 petang . Majlis ini telah dimulakan oleh OKK Kassim Juaini dan Tuan Haji Imam Rabani Warji selaku wakil keluarga Syarif Ismail dan keluarga Pengiran Ahmad telah di wakili oleh Pengiran Harris Pengiran Samit .

Majlis ini juga dimulakan dengan majlis berbalas pantun di antara kedua belah pihak . Suasana seakan mengimbau zaman dulu . Semua perbualan dimula dan diakhiri dengan pantun dan bunga bahasa berkias .

Majlis bertunang ini juga amat bererti buat dua buah keluarga ,bukan saja pantun yang diungkapkan dalam majlis tersebut , juga telah mempertemukan dua buah keluarga keturunan Syarif dan Pengiran .

Rombongan pihak lelaki telah menghantar 10 dulang dan 3 bentuk cincin dengan hantaran dihiasi warna jingga keemasan . Manakala , di pihak perempuan telah menghadiahkan 13 belas dulang berwarna putih perak . Pada majlis tersebut Sharifah Rinah Lisa telah memakai baju putih perak dari kain organza dan sifon . Baju tersebut telah dibuat oleh Mama dan sebagai hadiah kepada Lisa .

Sekali lagi terima kasih kepada hadirin yang hadir terutamanya Tuan Haji Titing Ali Besar , Syarif Seh Syarif Idris , Syarif Abd Rahman Sy Idris , Ustaz Baharuddin Mardia , Haji Asiek Bakri , Datuk Bakar Haji Sulong ,OKK Kassim Juini , Haji Imam Rabani Warji , Pengiran Abd Jalil Pg Hashim . Tidak lupa juga Datin Aminah Abdullah , Datin Ramlah Sudarjo , Ustazah Sahaya Abd Latip . Terima kasih kerana ada masa untuk majlis yang tak seberapa ini.

Selamat Bertunang Buat Awgku Mohd Sharizan dan Lisa .

  • Seri di mula amat sederhana
  • Penduduk maklmur aman ceria
  • Assalamualaikum pembuka kata
  • Selamat datang hadirin semua
  • Dari Brunei kami bersama
  • Datang berhajat di rumah saudara
  • Tiba disini membawa cerita
  • Bawa bersama hajat teruna
  • Orang Syarif keturunan perwira
  • Pandai pula jadi peniaga
  • Kalau hajat dibawa sudah
  • Apa pula tanda buka bicara
  • Dari jauh datang ke sini
  • Bersama keluarga yang dikasihi
  • Hari ini berjumpa sudah
  • Sebagai bukti janji dibawa
  • Sharifah Rinah pilihan teruna
  • Wajahnya ayu berseri-seri
  • Kami sekeluarga sudah bersedia
  • Menerima hantaran mengisi janji
  • Majlis berjalan di anjung kasih
  • Di petang hari majlis bermula
  • Sepuluh dulang penuh berisi
  • Sebagai tanda hantaran putera
  • Sepuluh dulang disambut sudah
  • Hadiah ikhlas dari saudara
  • Tiga belas dulag berbalas tanda
  • Hadiah untuk putera saudara
  • Madah kami madah pujangga
  • Buat belaian saudari Sharifah
  • Putera kami ingin bertanya
  • Bila pula saat bahagia ?
  • Pergi ke kebun tanam selasih
  • Burung helang terbang melayang
  • Mengikat kasih sepasang kekasih
  • Inilah permintaan saat bahagia
  • Berakit ke hulu bukanlah mudah
  • Kalau haluan pula tersalah
  • Terima sudah balas pun sudah
  • Bila pula Cik Sharifah keluar tiba ?
  • Kalau memilih bukanlah mudah
  • Kadang pilih lama berminggu
  • Majlis sudah budaya pun sudah
  • Inilah Cik Sharifah keluar tiba
  • Sesat jalan ke mana nak tuju
  • Ketika malam berhenti di sini
  • Kalau sudah setuju samasetuju
  • Kami ucapkan sejuta kasih
  • Perbaraan terenang dian dan ketur
  • Keris panjang bertambah seri
  • Majlis bertunang siap teratur
  • Marilah kita berdoa pada Ilahi
  • Pisang emas dimakan puteri
  • Masak sebiji di atas peti
  • Kalau ada kekurangan di majlis ini
  • Mohon maaf amat kami kesali

Friday, August 22, 2008

Miri -14-17 OGOS 2008

Aku dan Rn8-Aneet

Wan , Aneet , Aku dan Suhai

Aku , Haizul dan Khairul

Wan dan Rush

Pada 14hb Ogos , aku telah bercuti di Miri . Bagi aku cuti di Miri best ! dapat jumpa kekawan dan buat pula aktiviti sama-sama. Lepas tu , aku ke Miri juga nak celebrate my best frenz birthday , Rn8 .....Happy Belated Birthday !
Aku hampir saja lewat untuk menaiki pesawat , mana tidaknya lewat bangun dari tidur dan jarak Kota Kinabalu dan Kota Marudu jauh . Packing barang pun hampir tak sempat , baiklah ada Mama tolong . Part yang best masa nak masuk baju , my Mama tanya yang sibuk bawa baju melayu ni apa sal ? Iya lah , selalunya aku dengan 2 seluar jeans dan t-shirt dah okie . Tapi ni sampai tukar beg yang besar lagi , sedangkan di Miri hanya 4hari dan 3malam ja...:)
Apapun best dapat pakai baju melayu di Miri , iya la di Kota Marudu ini pun setiap majlis mesti pakai baju melayu lengkap ... Di Miri aku sempat join kekawan pergi ke majlis kahwin saudara Zoul dan kekawan Rn8 , Haizul , Rush & Wan , Suhai dan Khairul . Tq lah , coz bawa aku....:)
Bila saja berada di majlis tu , rasanya nak balik rumah pula , iyalah cam di kampung suasananya ....
Lepas ja dari majlis tu , kami trus gi karaoke ..... yang giler tuu , pakai baju melayu :)
Lepas dari karaoke kita pun trus singgah minum malam di town , wah happening lar malam tu.
TQ to Rush & Wan , Rn8 , Zoul , Haizul , Khairul dan Suhai .

Tuesday, August 12, 2008

Ujung Minggu Yang Padat - Buat Marah Pun Ada !

Ramai sekali rakan yang alert pasal 080808 - tapi aku baru prasaan semalam ....tu pun bila baca blog " Tepak Sireh" . Mana tak nya , masa harian sibuk memanjang dengan kerja , buat report , presentation , meeting dan banyak lagi sewaktu dengan nyer .
Kekadang crita pasal sibuk ini .. makan pun boleh lupa ! jangan yang lain-lain lupa sudahlah, nanti susah pula kalo yang lain-lain pun lupa , sebab buat marah :P
Pada hari 080808 -Jumaat , aku bergegas ke KK masa tu dari KM . Lebih kurang 2 jam sampai lah KK , trus saja ke HQ , ada mini discussion pasal SSP Negeri on 30th of August nanti . Sedar tak sedar aku blum makan lagi yang official , nasiblah ada juga menyempat untuk menjamah biskut tiger 2 keping dan cocozee masa di ofic KM .
Masa balik dari HQ aku dapat sms dari Bernadette yang mau ajak dinner , iyalah suda lama tidak jumpa dengan dorang ni . Jadi aku pun text Gumila untuk join sekali . Bernadette ni sebenarnya kerja dengan Sabah Credit Corp. as PA of GM , Gumila pula kerja as Branch Manager of Maybank Jalan Gaya , Kota Kinabalu . Nah! tu pasal mau kumpul makan sama-sama susah sangat arrange , pasal semuanya sibuk selalu . Ehh! lupa pula Rachel pun ada petang tu , dia kerja dengan CIMB , jadi kami berempat lah petang makan .
Yang best kenal diorang nie sangat kisah pasal saya...haahaha! Crita kenal dengan dorang ni , time blajar di ITM dan UiTM . Kira aku nie anak bulan lah...iyer ker tue ! Banyak kita crita dari crita travelling , currency dan ada juga pasal politik dan isu sensasi terkini !
Petang tu kita dinner di Little Italy , Jalan Gaya . Tau napa di Little Italy - ada orang tu suda addicted makan Pizza ! Mana-mana jalan mesti cari Pizza . Apa kata Gumila dari State - Tokyo - Manila - Jakarta...apalagi 1Borneo, ermmm...semua Pizza ! Buat malas kalo Asli - tido , makan Pizza saja :P
Petang tu kita bersurai awal lebih kurang pukul 8.00pm , pasal Bernadette , Gumila dan Rachel nak bergegas ke Wisma Merdeka - mahu tukar rupiah , sal dorang mahu ke Bali nextweek !....nak ikut juga tapi tiket dah habis !!!!
Lepas tu , aku trus balik Marina Court . Mahu memanjakan badan dan tido awal .....krana esok harinya terpaksa awal bangun seawal boleh kerna ada Taklimat dan Awarness dengan produk baru bank . Kalo ikut hati , mahu saja escape tapi tidak boleh . Mana tidaknya , program tu akan bermula dari 8.30am hingga 11.00pm .....letih!
Selesai saja taklimat aku trus balik Marina Court , selepas buat apa yang wajib aku pun kluar cari makan di UpperStar Segama . Jumpa Anne dan Leroy , sembang kejap trus balik dan tidur matiee , bangun pukul 9.00am...tu pun dapat call dari Valantina dan Clarise . Kalo tidak mukin lewat lagi bangunnya . Ahh baru mau plann balik KM , tetiba my sister Salina and her husband , Jack dan Kak Jamm sudah tunggu dibawah dan saja tunjuk siap kereta parking lagi , mahu ajak lunch ramai-ramai di Baba Nyonya Restaurant .....ermm kalo boleh mahu ja marah dorang . Pikir dorang tu , aku nie selapang dorang ....
Apapun lepas ja makan , trus balik KM , sampai Maghrib dan trus tido.....ni lah crita yang buat aku marah , tak ada langsung masa rehat !

Monday, August 11, 2008

Konsert Anuar Zain Tidak Dapat Sambutan Dari Warga KK !

Malam tu Konsert Anuar Zain agak lewat bermula , pada mulanya dijangkakan jam 8.00 malam , tapi akhirnya hampir sejam baru bermula . Melihat suasana malam tu , sambutan warga KK agak kurang , senang cerita tidak sampai 50% Dewan UMS dipenuhi penonton . Saya , Gili , Dodot dan Nora agak awal tiba , tepat 7.30 malam telah berada di dalam dewan .... Manakala Nourol , Faiz dan Nick agak lewat , pasal mereka tunggu C Gerald , Mia dan Veron . Iyalah orang-orang muda nie kalo mau jalan or pigi mana ja mesti berkumpulan ....
Mana tidak mau berdandan dan bergaya lagi , dah tue seksi giler .... Tapi berani lah buat perangai pasal abang d'orang sporting jer ! Ah , kalo C Nick dah lah rambut berdye cousin dia C Veron lagi rambut cam sarang tabuan - alah-alah rambut David Arumugam konon! Faiz biasa lah pakai cap jer allthetime ! Apapun dia orang malam tue njoy , mana tidak berkazen-kazen dapat tinguk konsert free....duduk depan lagi tu..... harap-harap tiada lagi konsert dalam tempoh terdekat ini . Kalo konsert C Ampal kali ok kah d'orang tue ah !
Malam tu juga konsert bermula dengan persembahan Deja Moss sebagai artis undangan . Yang best giler Deja malam tu nyanyi lagu "Asmara Ini" ..... iyalah lagu tu lah yang membawa namanya ke Hollywood , Shanghai dan Indonesia ...Malam tu juga dia umumkan akan bernikah pada 30b Ogos nanti di Petra Jaya-Kuching , Sarawak . Pada malam tu juga dia menyanyikan sebanyak 6 lagu......
Bila saja juruacara mengumumkan nama Anuar , para penonton terus aja screming giler . Terutamanya yang pompuan....ermmm , konon-konon mau dapat perhatian la tu, dari artis pujaan mereka . Malam tu Anuar memakai tuxedo kelabu light dan seperti biasa rambut ala-ala Korea gitu ! Lebih kurang 20 lagu yang didendangkan oleh beliau , dan semuanya bernada tinggi . Tapi Anuar memang tak pandai menari la , lagu ngbit pun dia buat alah-alah nasyid....:)
Tapi banyak juga complaint dari crowd , pasal besi penghalang . Pikir buat dalam dewan yang mewah begitu tiada besi pagar , rupa-rupanya ada juga . Apa lagi para penonton di dalam kurungan atau cam orang bersalah aja....
Konsert selesai selewat jam 11.30 malam . Seselesai saja konsert tersebut kami berempat keluar dan trus cari makan . Tiba saja di UpperStar Segama - trus order makan dan kelaparan gitu !
Apapun malam tu kira njoy juga lar . Dan Dodot memang happening lah , memang lucu giler dia . Kalo dia prasaan Anuar ada di Cocon malam tu , pasti kami berempat ikut dia juga . Tapi tidak tahu...ermm ! Sebelum Anuar pulang KL , sempat juga dia , Deja dan her tunang ke Pulau Manukan ( 20 minit dari KK ) untuk bersantai dan melepaskan keletihan kali tu.... :)