Saturday, January 3, 2009

Sebahagian Staff ZKB
Mybest friend from Breeze - Seoul Magazine
trofi , sijil yang akan disampaikan pada malam tersebut
Ketika Membuat Ucapaan Alu-aluan Kepada Tetamu
PersembahanPenari Kumpulan Budayawan Negeri Sabah
Penyampaian Cenderakenangan
Penyampaian Cenderahati Perasmi kepada State Director
Me and Nurenna
TQ for my lovely sister - Julia
Suasana Sejuk Yang Amat
Pemandangan diluar rumah
Hampir empat bulan tiada entry , mahupun menjenguk di blog ini . Setelah ibu saudara yang berada diluar negara memberi tahu , bila lagi Rann akan untuk buat cerita . Iyalah dia sedih tahun-2008 tidak dapat balik , kerana masalah ekonomi dan berbelanja berhati-hati .
Sempat juga aunty memberitahu bahawa di States , hari-hari di akhbar diceritakan rumah lelong dan asset yang lain . Syukurlah kita di Malaysia ini masih seperti biasa dan masalah ini tidak berlaku .
Sepanjang 4 tidak berada di dalam blog ini , banyak peristiwa telah berlaku . Selain tidak melancong ke Bali sehingga kamera hilang semasa trip holiday di OVC .
Apapun melancong di luar negara banyak memahat peristiwa manis dan tidak akan pernah dilupakan begitu saja .
______________________________________________________________
27hb Disember 2008 , adalah tarikh yang amat-amat dingati oleh warga kakitangan ZKB , kerana ia telah mencatat kenangan yang mana buat julung-julung kalinya ZKB telah mengadakan Majlis Makan Malam dan Malam Penghargaan ZKB buat kali pertama dan yang pertama di Sabah dan Malaysia .
Malam tersebut adalah untuk menghargai semua kakitangan ZKB , dengan telah menyampaikan 23 kategori penghargaan dari yang terbaik dan penghargaan khas .
Majlis tersebut telah dihadiri oleh En.Ibrahim Sjah Padu , BSN State Director dan BSN Sabah Administer . Lebih kurang 80 orang yang hadir terdiri dari staf ZKB dan BSN Sabah .
Pada malam tersebut Persembahan Kumpulan Budayawan Negeri Sabah telah mempersembahkan lima tarian suku kaum ethnik di Sabah . Malam tersebut juga telah diserikan dengan pensembahan Sheila dan Farid Yaakub .
Terima kasih juga kepada DJ Sabah FM , kerana sudi mengemudikan majlis tersebut . Dan hampir terlupa , majlis tersebut telah diadakan di Seafood Garden Hall , Tanjung Aru Kota Kinabalu .
______________________________________________________________
Semoga di tahun 2009 ini akan banyak memberikan ruang kepada saya untuk banyak mencoret di blog ini . Semoga yang sudi selalu untuk berkunjung disini , diucapkan terima kasih . Pada semua rakan yang mengenali saya terima kasih juga .
All The Best & Happy New Year

3 comments:

bulan_sunrise said...

happy new year bro! n welcome back.. lama jua menghilang kan!

azirulgcarl said...

hehehe...semoga terus maju. orang kuat kota marudu....hehehe....

kalau ada apa2 maklumat boleh abg asli salurkan kepada blog..

http://marudubloggers.blogspot.com/

makasih... :P

ASLIsmail said...

bulan_sunrise - happy new year juga ah , and all the best ...tq:)

azirulgcarl - tq for the komen , and of us is org kuat KM hehe...