Sunday, July 20, 2008

Tamu Kota Marudu

Pasar Sayur Tempatan
Beraneka Jenis Pisang
Ikan Masin

Kopi Kisar Bulat

Beras Kampung

Tembikai Borong

Jual Tembakau ( Sigup Bahasa Tempatan )

Anak Lah Ayam - ( Anak Ayam Turun Spuluh )

Tamu Kota Marudu diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad hujung minggu . Setiap daerah di Negeri Sabah akan mengadakan Hari Tamu , di mana pada setiap hari yang ditetapkan terdapatnya beraneka jenis jualan dari sayur , buahan , hasil laut dan hasil ternakan . Maksudnya pada setiap hari tamu , semua yang berniaga borong , petani dan nelayan akan pergi ke tamu untuk menjual hasil-hasil mereka . Yang bestnya , pada hari tamu kita akan dapat membeli dengan harga yang murah dan banyak pilihan .
Kebiasaannya sayur yang dijual tersebut adalah ditanam sendiri tanpa baja dan alat bantu penyubur . Selalunya bagi mereka yang faham akan kebaikan sayur tanpa baja , akan suka membelinya . Biasanya juga sayur dan hasil laut yang dijual boleh ditawar dengan harga murah lagi .
Tamu Kota Marudu telah wujud seawal tahun 50an lagi . Sebelum ini Tamu Kota Marudu diadakan di Pekan Lama . Tetapi bila pembangunan dan adanya tempat yang sesuai maka pihak Majlis Daerah Kota Marudu/Pitas telah memindahkannya berhampiran dengan kawasan pekan .
Suku bangsa yang terlibat dalam menjual hasil-hasil mereka ialah suku/bangsa Dusun Kimaragang , Rungus , Bajau ,Tamil dan Cina . Mereka akan menjadikan hari tamu sebagai hari mereka bertemu dan bertukar-tukar hasil jualan .
Tamu ini akan bermula pada petang sabtu hingga ahad tengahari . Pastiakan jika berpeluang ke Tamu Kota Marudu , pastikan membawa bersama bakul . Kerana kebanyakan penjual tidak akan menyediakan plastik .

1 comment:

Rush Murad said...

kat Miri ni pun ada pasar tamu... jumaat malam sehingga ahad pagi.... terasa nak ke Kota Marudu pulak....