Saturday, July 19, 2008

Sleep Mind

Pemuda Bahagian UMNO P 168 Kota Marudu
Peringatan Mesyuarat Pemuda
Tidur dan Snoaring
tidur lagi ! sah letih bermesyuarat
18hb JULAI 2008 telah diadakan Mesyuarat Pemuda UMNO , tepat saja pukul 2.30 petang aku pun telah berada di dewan untuk menghadiri mesyuarat tersebut . Mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Encik Sani Hj Rahim selaku Pengerusi Tetap Mesyuarat dan beliau juga adalah AJK Pemuda Bahagian sebelum ini .
Walaupun sibuk dalam berkerja dan terlibat dengan beberapa Persatuan Amal , namun masih juga ingin terlibat dengan politik . Seingat aku , kalau tidak silap semasa umur 16 tahun aku sudah menjadi ahli UMNO . Semasa itu Datuk Saidi Haji Suari adalah orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan UMNO di kawasan aku . Dalam masa yang sama beliau juga telah menjadi Ketua Bahagian UMNO P135 Bandau dan ketika ini dikenali P 168 Kota Marudu . Waktu ini pula jawatan tersebut telah dipangku oleh Dato Bidin Dato Sarudin sebelum itu dijawat oleh Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia , yang terpaksa mengundur diri kerana dilantik sebagai Speaker Parlimen Malaysia .
Dalam mesyuarat tersebut aku telah dilantik sebagai Ketua Penerangan Pemuda dan akan bertanding dalam beberapa jawatan pemuda pada waktu terdekat ini , tarikh belum
ditentukan lagi .
Dalam membuat usul saya juga sempat mengemukakan dua usul utama pada petang
tersebut iaitu :-
  • Isu Perpaduan Orang Melayu , Bumiputra - Isu ini ingin dilihat sebagai isu yang komplikasinya dan bangun jatuhnya bangsa yang bermaruah .
  • Minyak Isu Global - Penjelasan dalam bentuk formalisasi dan bertanggungjawab adalah kewajiban para pemimpin ketika ini , tanpa mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan fakta yang sedia ada , untuk maksud sendiri .

Balik saja dari bermesyuarat , lepas tukar baju terus saja aku duduk di ruang tamu II sambil melihat gambar yang aku ambil dengan kamera Canon di mesyuarat petang itu . Aku tidak menyangka akan tertidur , lepas itu aku pun masuk bilik dan tidur dengan snoaring yang kuat mungkin itu :) , yang tak sangka tu adik aku Faez cuba kenakan aku dengan ambil gambar semasa tidur di bilik dan ruang tamu , sambil dia ketawa besar bila ceritakan dengan mama .

Apapun , tak terfikir bagaimana muka ketika sedang tidur . Ni lah muka-muka tidur yang letih dari bermesyuarat ..:) tau tak per yeh!

1 comment:

Zoulkieflie said...

kalau dah letih tu,memang sedap tido..hehe..:).
bila mau datang sarawak..