Tuesday, July 15, 2008

Annual Dinner BSN - Sutera Harbour Resort 2008

Tika temani Amylea di airport
Me & Pengurus Negeri Sabah - En.Komaruddin Mustapha
Head of Zone & PJN-En Rohizat Sulaiman
Me & Vivian Raymond
Kak Sharifah Sariyani & Syarif ASLIsmail
Suzane , Me and Erine
Rinn , Me , Kak Munah , En.Rohizat and Herry
17hb Mei 2008 telah diadakan Majlis Makan Malam Bank Simpanan Nasional bertempat di Sutera Habour Resort Kota Kinabalu . Majlis ini diadakan untuk menghargai kakitangan yang bertungkus lumus dalam menyumbang untuk memajukan Bank . Majlis bermula seawal 7.30 malam dan dihadiri lebih 300 orang dan malam bergemerlapan dengan fesyen dan gaya setiap yang hadir . Malam itu saya telah memilih suit hitam dan ditempah di D'Catalano-Shah Alam . Thank You Ibu kerana tersusah untuk memilih warna dan urusan dengan D'Catalano . TQ juga buat Inna dan Kris ( staff D-Catalano ) kerana sudi menghubungi dan mencadangkan rekaan untuk Ibu dan saya.... Pada malam tersebut saya duduk di meja VIP 2 bersama Pn.Suzane and his husband , James Alixsius and her wife Pn.Hasmaya , En.Ahmad Nasir , Mr.Blasius Bernard dan wakil VIP guest dari KL , HQ . Pada malam tersebut juga hidangan more to variety chinese food tapi ok lah , boleh juga makan sikit :) Selepas ucapan oleh Pengerusi KSK Sabah , Mr James Alixsius , Pengerusi Negeri Sabah En.Komaruddin Mustapha dan dirasmikan oleh En.Dr.Adam selaku wakil General Manager En.Adinan Maning , yang tidak dapat hadir kerana turut serta dengan Menteri Kewangan II di Pulau Pinang .
Acara bermula dengan persembahan tarian welcome - dan juruacara malam itu ialah Pn.Susanna Rahman W. dan DJ suria FM -DJ Otto . Saya juga bertuah ( iya ker ! ) malam tu Otto panggil nyanyi untuk Grand Opening , giler la Otto masa petang tak bagi tau . Tetiba ja panggil nama , apa lagi celotehnya yang buat aku nervous tanya macam-macam . Apapun aku nyanyi lagu Camar Yang Pulang yang aku gubah tunenya jadi more to R&B . Lagu CYP aku tujukan khas buat Kak Noy isteri En.Komaruddin ( Pengurus Negeri ) , kerna beliaulah aku nyanyi lagu tu . Sebenarnya pada setiap Annual Dinner BSN aku tidak pernah nyanyi dan mereka tak tau pun aku pandai sumbangkan lagu , tapi sejak aku hadir Majlis Farewell Pn.Suziana Suparno Pengurus Jualan Negeri ke KL dan masa tu aku ada nyanyi , mulalah mereka tau dan Kak Noy suka dan ada juga puji sikit , nasib tak kembang hehehe . Malam tu juga turut diserikan oleh beberapa nama seperti Dodot @ Lakisah M'sia ( nama betul Hildawati Abd Halim ) yang power habis kalo nyanyi lagu high note ! dan GILI . Mereka ni memang power giler kalo nyanyi , bagi apa lagu aje pasti jalan terus hehehe .. Guest artis pada malam tu - Amylea AF . Dia si kecil molek ni pun ada cerita , aku kenal dia ni melalui Puan Siti Hajar - Guru Vokal , dan aku juga lah cadangkan namanya untuk buat performance malam tu . Mula nak panggil Shari , Idayu atau Kaer . Mereka smua ada masalah dan yang senang sekali nak contact ialah Amylea , so aku pun contact Amylea dan malam tu dia nyanyi 6 lagu ( lagu lama 5 + lagu baru 1 ) . Tapi memang si kecil molek ni , memang SUPER - pandai sekali meriuhkan suasana dengan gelagat dan gaya persembahan yang Power gitu . Mereka diBSN Sabah juga tak tau kalo-kalo aku itu ada kenal artis , iyalah sapa perasaan tinggal pun nun tanduk Sabah ,kampung lagi - siapa yang sangka . Mukin orang diluar sana akan percaya kalo aku bagi tau jalanraya atau letrik tak ada ...hehehehe . So , aku pun janji dengan Amylea pura-pura kita tak kenal . Tapi yang spoilnya , masa dia nyanyi lagu rentak joget dan dia pun cuba panggil crowd untuk nari bersama dia . Hah! dia dapat lah 2 pasangan , tu pun susah dia cari sal semuanya malu . Jadi yang yang dia tu nak juga pasangan , tetiba terkeluar dari mulut nya panggil nama aku . Semua orang tinguk , ehh aku pun pura-pura tak perasaan , wah! rakan di meja aku pun apa lagi usik, rupa-rupanya Amylea tu kawan aku . Lastnya semua orang tau...kwang2x ... Banyak cerita malam itu buat aku tak tau dan suspen giler ! semasa acara Penyampaian Anugerah Kakitangan Cemerlang pun aku tidak perasaan yang aku menang 2 awards . Iya ler , sebelum tu aku terlalu sibuk memanjang dengan semenjak jadi Head of Zone ni , aku terpaksa selalu travelling ke Kudat , Kota Belud dan beberapa tempat yang tidak pernah pun selama pergi . Jadi my prestasi pun tak perasaan ok ke tak . Semasa nama disebut pun aku dengar tak dengar ja , sedangkan duduk depan sekali - entahlah mukin aku pergi dengan niat nak tunjukan muka dan makan aja kut...:) Apapun aku sedih juga kerana malam tu , my Pengurus Negeri telah umumkan yang beliau akan dipindahkan ke Negeri Selangor as Pengurus Negeri Selangor. Bukan ape , beliau banyak memberi aku peluang dan selalu bagi motivasi walaupun aku sebelum tu sakit atau terkejut yang senario kerja baru amat menghendaki masa dan komitment yang jitu .

3 comments:

Rush Murad said...

wahhh... segaknya, ganteng!!!!!! yes, u can sing... teringat pula lagu CYP versi R&B tuuu... apa nama tempat tu? Magma? errmm.... nanti kita sambung karaoke kat Miri pulak ek?

MeL said...

Wah... berlainan sekali rupa Pak Ali bila pakai three piece suit with tie ... hhehehe ...

p.s: If you decide to move over to Wordpress, don't worry, semua post dan komen dari blogspot ni boleh dibawa bersama ya ... hehe

DorisJ said...

annual dinner bsn yg adik sia missed tu..lol

yup looking good in suit!

btw tq for visitin my blog.